Maaf Aku Bukan kawan yang Macam Korang Nak

Tuesday, 1 July 2014

Maafkan aku..



Sekali lagi aku terpanggil..
sudah janji tak nak buka blog ni dah..
tapi aku aku terpanggil utk tulis..tapi bukan tanda aku kembali kepd blog ini.
Buat yg ada terbuka..terbaca tulisan ini..

Maaf andai hatimu aku lukai
Maaf andai dulu aku tak reti hargai
Maaf andai dulu aku hanya ikut emosi
Maaf sekiranya dulu hatimu aku toreh hingga luka
Maaf jika kepercayaanmu aku khianati
Maaf segala kelemahan aku, tak mampu buat kau bahagia..sahabat.
Maaf kerana gagal mengerti..
Maafkan aku
 

Kepada yang hatinya pernah aku lukai tanpa aku sedar atau sedar..aku harap maafkan aku..orang kata hidup ni tak boleh pandang belakang, tapi bagi aku, kita kena jugak toleh belakang supaya aku sedar setiap kesalahan aku, kelemahan aku..dan kekurangan aku.

Betapa tak matangnya aku time dulu..mungkin dah banyak hati yang aku lukai. Maafkan aku..maafkan aku. Rasa menyesal..rasa malu dengan diri sendiri. Maafkan kesilapan aku. Bila imbas setiap detik waktu dulu.. aku sendiri tak sangka aku macam tu.

Tapi satu aku bersyukur..kerana kesilapan ini, buat aku sentiasa ingat bahawa manusia itu semuanya sama..tak akan lepas dari buat dosa. Cuma yang beza sama ada dia sedar dan berazam untuk taubat dan tak buat lagi kesalahn tu. Dan kerana kesalahan-kesalahn  aku dulu..kelemahan aku dulu..mengajar aku banyak benda utk jd mnusia yang lebih baik.

Harap maafkan aku..entah bila masa nanti aku akan pulang ke pangkuan Allah.. aku jadi takut kalau aku tak sempat minta maaf pada semua. Harap maafkan aku. Ya itu hak masing-masing untuk maafkan..dan hak aku untuk meminta maaf dan mendoakan hati kawan-kawan semua lembut untuk memaafkan aku.

Dosa dengan Allah..boleh minta ampun kat Allah..tapi dosa dengan manusia…hanya manusia yang boleh maafkan.
Maaf…..maaf…maaf..

Jika ada sesiapa yg aku terambil hak dia, berhutang dengan dia, ..boleh datang tuntut ketika aku masih ada sekarang.
Jika masih ada hati yang terluka..maafkan aku..maaf kerana menzalimi perasaanmu. Aku berdoa Allah lembutkan hatimu. Boleh hubungi aku kalau rasa masih tak dapat lupa apa yang aku buat, masih marah..sebelum aku pergi.

Mati itu bila-bila sahaja. Semua bakal mati dan menghadap Allah. Lepas tu kena hisab sebelum tahu masuk syurga atau neraka. Aku takut.. Aku harap sebelum pergi..urusan aku selesai disini.

Nisa,Asma,Ina,Fuza,Muni,Aniz,Mas..kawan2 Dns..Jujur aku akan sentiasa simpan kenangan manis aku dengan sahabat-sahabat dns dan kawan2 lain. Terima kasih yang ada masa aku susah..banyak membantu.Aku akan simpan segala yang manis tu.

Terima kasih yang sudi jadi kawan aku dan masih sudi memaafkan diri ini. Masih mampu terima diri ini..Terima kasih semua...

I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay awake
everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself
what if my time would end today, today, today,
Can I guarantee that I will get another chance
before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
my shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away

but temptation is surrounding me
I wish that I could find the strength
to change my life before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

I know, Oh Allah, you're the most forgiving
and that you promised to always be there
when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of all the mistakes I've commited
Please don't turn me away
and hear my prayer when I ask you to

Forgive me
my heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Monday, 15 April 2013

Dengan ini..selamat tinggaL



Tiba masanya aku tamatkan blog ni
Asal aku buat blog ni sebab disini la tempat aku nak luahkan perasaan aku
Sini la tempat aku nak release tensyen
Sini la tempat aku nak mengadu
Aku tak  ada sapa2
Aku tak dapat nak cerita perasaan dan masalah aku kat kawan2 baik
Disebabkan tak da masa,masing2 sibuk.Jadi blog ni la sahabat baik aku.

Aku perlukan teman
Teman aku menangis..teman aku cerita masalah aku..
Sebab tu aku buat blog ni..dia bagai sahabat yg setia mendengar dan selalu ada untuk aku.
Sahabat yang selalu dengar tangisan aku
Yang teman time aku nangis
Yang setia dengar bila aku nak luahkan perasaan
Yang sabar dengan perangai aku
Sahabat yang aku sayang ,,blog aku..
Tapi blog ni makin lama
Buat org sakit hati
Buat orang makin benci dan salah tafsir tentang aku,menimbulkan kebencian org pada org.
Jadi tiba masanya aku berhenti,pergi buat selamanya dari blog ni.
Cukuplah riwayat blog ini setakat ini saja.

Terus terang entah mengapa
Mata ni selalu bertembung dengan dia
Mulut tergamam
Nak senyum
Nak tegur
Tapi aku tak cukup kuat
Hanya Allah yang tahu apa perasaan aku
Tak pa la nikan hukuman aku..kan?=)terima ja la.
Em..sedih..tapi cukuplsh setakat ini hubungan aku dengan blog ni..
Buat sahabat
Maafkan aku..aku tau aku bukan kawan yang hampa cari .. bukan kawan yg diharapkan
Aku jahat kan??Ya aku memang jahat..hermmm
Aku pun putus asa cari sahabat dan berhenti berharap akan jumpa sahabat
Sebab aku sedar..orang macam aku tak layak dapat sahabat
Ya salah aku sebab cerita kemarahan dan tak puas hati aku kat blog ni
Ya salah aku kerana terlalu mengharapkan persahabatan
Walau aku cuba perbetulkan keadaan
Walau Beritahu aku sayang semua orang
Benda tu tak cukup untuk buat diorang berhenti benci dan lupa apa yang aku buat
Tak pa.. nak buat macam mana kita tak boleh ubah tanggapan orang
Aku tak boleh hentikan anggapan diorang kat aku..
Aku terima yang aku ni jahat,kalau depa nak balas dendam sebab tak boleh lupa pun aku terima
jika itu cara dosa aku dihapuskan

Blog ni bukan lagi tempat aku mengadu..
Biar lepas ni hatiku mengadu pada Allah
Biarlah lepas ni hatiku
Hanya nampak kebaikan pada orang
Aku tak nak tenggok benda negative pada orang
Biar aku  jumpa orang dalam keadaan hati aku ada hanya tanggapan baik ja pada diorang
Aku yakin aku BOLEH ..YA AKU BOLEH..AKU BOLEH JADI BAIK
Maaf jika tersalah bicara
Maafkan aku dan maafkan blog aku.
Maka dengan ini tamatlah blog anemone_salvia…
OH YA..kawan aku yang nak sambung belajar tu
Semoga Berjaya dan buat yag terbaik
Kami warga dns akan rindukan kamu
Jaga diri ya.
Dengan rasminya aku tamatkan blog ni.

AKU YAKIN AKU BOLEH JADI BAIK

Wassalam bye =)